Beliau adalah Imam kedelapan dari Ahlu l-Bait Rasulullah SAWW,(cucu Imam Ja’far al-Sadiq).

Beliau meninggal dunia pada tahun 203/817 Masihi dan makamkan di Tus Iran, sekarang disebut Masyhad.

Beliau hidup dalam pemerintahan Harun dan kedua anaknya al-Amin dan al-Makmun.

Syaikh Abu Ja’far Muhammad, Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Syadhawaih dan Ja’far bin Muhammad bin Masrur telah memberitahu kepada kami dan mereka berdua berkata: “Muhammad bin Abdullah bin Ja’far al-Humairi telah memberitahu kepada kami dari ayahnya, kemudian dari al-Riyyan bin al-Salt dan dia berkata: Imam Ridha telah menghadiri satu majlis yang diadakan oleh al-Makmun di Marvi yang dihadiri bersama oleh sekumpulan ulama Iraq dan Khurasan.

PENJELASAN IMAM RIDHA (sa) dalam MAJLIS AL MAKMUN :
==========================



Firman Allah Azza Wa-Jalla:' Katakanlah: " Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]...'[Surah al-Syu'ara :23].

Keistimewaan ini adalah untuk Nabi (Saw.) di Hari Qiamat dan Al [keluarganya] sahaja dan bukan untuk orang lain. Lantaran itu Allah (swt) telah menceritakan mengenai Nuh (a.s) di dalam kitab-Nya:'

Dan [dia berkata]: Hai kaumku, aku tiada meminta harta benda kepada kamu [sebagai upah] bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu satu kaum yang tidak mengetahui.' [Surah Hud 11:29]

Dan Allah Azza Wa-Jalla telah menceritakan megenai Hud AS. Dia berfirman:" Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku, maka tidakkah kamu memikirkannya? " [Surah Hud 11:51]

Dan Allah Azza Wa-Jalla berfirman kepada Nabi-Nya:' Katakanlah:" Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku]".[Surah al-Syu'ara 26:23]

Allah tidak mewajibkan kasih sayang kepada mereka melainkan Dia telah mengetahui sesungguhnya mereka [al-Itrah] tidak akan berpaling daripada Islam selama-lamanya. Mereka tidak akan kembali kepada kesesatan selama-lamanya. Dan jikalaulah seorang itu mengasihi seorang tertentu tetapi sebahagian keluarganya menjadi musuh kepadanya, maka hati lelaki tadi tidak akan tenteram untuknya. Oleh itu Allah mencipta supaya tidak akan berlaku "sesuatu" di hati Rasulullah (Saw.) terhadap orang-orang Mukminin.

Lantaran itu Dia mewajibkan kasih sayang kepada keluarganya. Sesiapa mematuhi-Nya, mencintai Rasulullah (Saw.) dan menciintai Ahlu l-Baitnya, Rasulullah (Saw.) tidak boleh memarahinya.

Dan sesiapa yang meninggalkannya dan tidak mematuhinya dan memarahi Ahlu l-Baitnya, maka berhak bagi Rasulullah SAWA memarahinya. Kerana beliau telah meninggalkan satu fardhu dari fardhu-fardhu Allah. Oleh itu manakah kelebihan, dan kemuliaan yang mendahului kelebihan ini? Allah menurunkan ayat ini ke atas Nabi-Nya (Saw.):

' Katakanlah Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku].' [Surah al-Syu'ara 26:23]

Lantaran itu Rasulullah (Saw.) berdiri di hadapan para sahabatnya lalu beliau memuji Allah (swt) dan bersabda: " Wahai manusia sesungguhnya Allah telah memfardhukan satu fardhu ke atas kalian dan adakah kalian akan melaksanakannya?" Tidak seorang pun menjawab. Maka beliau bersabda lagi: "Wahai manusia, ia bukannya emas, perak, makanan dan minuman." Mereka menjawab: Kemukakanlah wahai RAsulullah. Lalu beliau membacakan ayat tersebut kepada mereka.

Mereka berkata: "Ada pun perkara ini, ya. Tetapi kebanyakan mereka tidak melaksanakannya. Allah tidak akan mengutus Nabi melainkan Dia wahyukan kepadanya bahawa beliau tidak akan meminta upah daripada kaumnya kerana Allah Azza Wa-jalla akan menyempurnakan ganjaran para Nabi, Muhammad dan keluarganya. Allah telah mewajibkan kasih sayang kepada kerabatnya dengan megetahui kelebihan mereka yang diwajibkan oleh Allah Azza Wa-Jalla ke atas mereka kerana kasih sayang akan berlaku apabila mengetahui kelebihan mereka. Manakala Allah mewajibkan perkara tersebut, maka ianya wajib ditaati. Lantas sebahagian lain menentangnya. Lalu mereka menjadi kufur kerana memalingkannya dari hadnya yang telah ditetapkan oleh Allah (swt).

Mereka berkata:"Kerabat itu adalah semua Arab dan yang mengikuti seruannya. Di dalam kedua-dua keadaan ini, kita telah mengetahui bahawa al-Mawaddah [kasih sayang] ialah kepada kerabat. Oleh itu orang yang paling akrab kepada Nabi (Saw.) adalah lebih layak untuk dikasihi. Kasih sayang hendaklah diberi mengikut pertalian kerabat.

Orang yang menilai Rasulullah (Saw.) dari segi budi pekertinya dan apa yang dikurniakan Allah ke atasnya untuk kebaikan umatnya di mana lidah menjadi lemah untuk melahirkan kesyukuran kepadanya, tidak akan memusuhinya melalui keturunannya dan Ahlul Baitnya. Mereka tidak menjadikan Ahlu l-Baitnya setaraf dengan mereka seperti kedudukan mata di sisi kepala, kerana menjaga hati Rasulullah (Saw.) dan kasih sayang kepada anak cucunya. Kenapa tidak, al-Qur'an telah menjelaskannya dan menyeru orang ramai kepadanya. Hadith-hadith menetapkan bahawa merekalah Ahlu l-Mawaddah. Merekalah orang yang Allah mewajibkan kasih sayang terhadap mereka dan berjanji ganjaran kebaikan ke atas orang yang mencintai Ahlul Bait kerana sekiranya seorang melakukan al-Mawaddah terhadap mereka secara ikhlas, dia berhak syurga kerana firman Allah Azza Wa-Jalla:

" Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh [berada] di dalam taman-ataman syurga, mereka perolehi apa yang mereka kehendaki di sisi Tuhan mereka. Yang demikian itu adalah kurniaan yang besar." [Surah al-Syu'ara 26:22]

Demikianlah Allah memberi berita gembira kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan melakukan amal soleh. "Katakanlah Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecualikasih sayang kepada keluarga[ku]" [al-Syu'ara 26:22]

Kemudian Abu l-Hasan (a.s) berkata: "Bapaku telah menceritakan kepadaku dari Husain daripada datukku bin Ali (a.s), beliau berkata: "Telah berkumpul orang-orang Muhajirin dan Ansar di hadapan RAsulullah (Saw.). Mereka berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda berhak pertolongan untuk perbelanjaan anda, terutamanya daripada rombongan-rombongan yang datang kepada anda. Inilah harta-harta kami bersama 'darah-darah' kami, maka hukumlah padanya dengan sewajarnya. Berilah apa yang anda mahu dan simpanlah apa yang anda mahu dengan senang hati.

Maka Allah Azza Wa-Jalla menurunkan wahyu-Nya melalui malaikat-Nya dan berfirman:" Katakanlah :Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga[ku].' Iaitu hendaklah anda mengasihi kerabatku selepasku. Kemudian mereka pun keluar

Berkata orang Munafiqin: "Apakah yang mendorongkan Rasulullah (Saw.) menolak apa yang kita bentangkan kepadanya, selain dari menggalakkan kita supaya mengasihi kerabatnya selepasnya!

Ini adalah suatu perkara yang direkakan atau diadakan sahaja. Kenyataan mereka itu besar pengertiannya. Oleh itu Allah menurunkan Jibra'il dengan ayat:
"Bahkan mereka mengatakan: ' Dia [Muhammad] telah mengadakan-adakannya, maka kamu tidak mempunyai kuasa sedikit pun mempertahankan aku dari [azab] Allah itu. Dia lebih mengetahui apa-apa yang kamu percakapkan tentang al-Qur'an itu. Cukuplah Dia menjadi saksi antaraku dan antaramu dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'. [Surah al-Ahqaf:46:8]

Oleh itu Nabi (Saw.) datang kepada mereka dan bersabda:' Siapakah yang melakukan sesuatu?' Mereka menjawab: Wahai Rasulullah! Sebahagian dari kami telah mengatakan perkataan yang kasar dan kami membencinya. Maka Rasulullah (Saw.) membaca kepada mereka Surah al-Syu'ara 26:22, lantas mereka menangis. Maka Allah Azza Wa-Jalla berfirman:' Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.' [Surah al-Ahzab: 33:56]

" Firman Allah Tabaraka Wa-Ta'ala:" Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat untuk Nabi, Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah [doa] salam kepadanya."[Surah al-Ahzab 33:56] Orang-orang yang ingkar telah mengetahui bahawa manakala ayat ini diturunkan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah (Saw.): " Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami telah mengetahui mengenai salam ke atas anda. Dan bagaimanakah salawatnya pula? Maka Rasulullah SAWA menjawab:" Katakanlah: Ya Allah limpahkanlah rahmatMu atas Muhammad dan keluarga Muhammad."Adakah kamu berselisih faham [khilaf] mengenai perkara ini?"

Mereka menjawab:" Tidak."

Al-Makmun menjawab:" Ini adalah perkara yang tidak ada khilaf lagi. Malah ianya perkara yang dipersetujui umum [ijma']. Al-Makmun menambah:

" Adakah anda mempunyai sesuatu yang lebih jelas mengenai Al di dalam al-Qur'an?"

Abu l-Hasan (a.s) menjawab:" Ya!". Dia berkata kepada mereka:" Beritahukan kepadaku mengenai firman Allah Azza Wa-Jalla:

" Yasin. Demi al-Qur'an yang penuh hikmah, sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, [yang berada] di atas jalanyang lurus." [Surah Yasin 36:1-4]. Apakah yang dimaksudkan dengan Yasin?"

Ulama menjawab:"Yasin adalah Muhammad (Saw.) dan ianya tidak boleh diragukan oleh sesiapapun." Abu l-Hasan (a.s) berkata:

" Sesungguhnya Allah telah mengurniakan Muhammad (Saw.) dan keluarga Muhammad suatu kelebihan yang tidak boleh dicapai oleh sesiapa pun selain daripada orang yang benar-benar menggunakan akalnya. Maka Allah Tabaraka Wa-Ta'ala berfirman:

" Salam dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam.[al-Safat 37:79]

Dan berfirman:' Salam dilimpahkan atas Musa dan Harun.[al-Safat 37:120]

Dan Dia tidak berfirman: Salam dilimpahkan atas keluarga Nuh!. Dan Dia tidak berfirman: Salam dilimpahkan atas keluarga Musa dan salam ke atas keluarga Ibrahim! Tetapi dia berfirman:

" Salam dilimpahkan atas Aali YAASIN [keluarga Yasin] " [al-Safat:37:130]

[Bandingkan ejaan Ilyas di dalam Surah al-Safat:130 dengan Surah al-An'am 6:85 iaitu Aali Muhammad (Saw.)].

Al-Makmun berkata;" Aku telah mengetahui bahawa galian kenabian mempunyai penerangan dan penjelasan di dalam perkara ini."

" Kamilah Ahlu l- Zikr, yang dimaksudkan Allah di dalam kitab-Nya:

" Maka tanyalah kepada Ahlu l-Zikr jika kamu tidak mengetahui." [Surah al-Anbiya: 7]

Ulama berkata:" Apa yang dimaksudkan dengan Ahlul Zikr ialah Yahudi dan Nasara."

Abul Hasan (as) menjawab:

" Maha Suci Allah! Adakah harus sedemikian itu? Jikalau begitu halnya Dia menyeru kita kepada agama mereka (Yahudi dan Nasara)! Ini bermakna agama mereka lebih baik daripada agama Islam."
Al-Makmun berkata:" Adakah kamu sekelian mempunyai penerangan yang lebih jelas untuk menolak pendapat mereka (ulama) wahai Abul Hasan?"

Abu l-Hasan (a.s) menjawab:" Ya! al-Zikr ialah Rasulullah dan kami adalah keluarganya (Ahlu l-Baitnya). Ianya diterangkan di dalam kitab-Nya:

" Maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang yang mempunyai akal (iaitu) orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan zikran rasulan, (peringatan, perutusan) yang membaca kepadanya ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum)."[Surah al-Talaq:10-11]

al-Zikr adalah Rasulullah (Saw.) dan kami adalah ahlinya (keluarganya)."

Lalu al-Makmun dan para ulama berkata:

" Allah memberi kebaikan kepada anda Ahlu l- Bait. Kami tidak mendapat penerangan dan penjelasan mengenai apa yang kami kabur selain daripada anda, Ahlul Bait (a.s)."

http://www.facebook.com/note.php?note_id=381931597979

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati